Watak Age of Glory

Watak utama

Lin Yu Lan (林玉兰) / Mei Gui (玫瑰) (Debbie Goh)Berasal dari sebuah keluarga yang seolah-olah mementingkan kaum lelaki berbanding wanita di luar bandar, dia mengikut langkah seorang kekasih, Zhang Guan Sheng, ke Kuala Lumpur dengan sangkaan bermulanya kehidupan bahagia dari saat itu. Namun, dia dijual oleh "kekasihnya" yang rupa-rupanya banyak berhutang kepada ceti haram, menjadi seorang show girl di BB Park. Tanpa disangkanya pula di saat itu barulah hidupnya semakin bagus apabila dia menjadi penghibur berpengaruh di ibu kota pada masa itu. Di kemuncak kemasyhurannya, Mei Gui juga pernah jatuh cinta kepada He Fu Gui si penarik beca.
Watak Mei Gui diilhamkan oleh legenda tarian bogel Rose Chan, tetapi langsung tidak dilihatkan watak ini melakukan perbuatan sebegitu. Watak ini pernah dicadangkan agar dipegang Amber Chia.Huang Shu Juan (黄淑娟) (Danielle Dai)Berasal dari perkampungan nelayan, dia tiba di ibu kota untuk merealisasikan cita-citanya menjadi penyanyi. Dia diupah sebagai penyanyi di BB Park dan menghampiri impiannya untuk menjadi artis rakaman dengan menjuarai pertandingan nyanyian di sana. Namun, impian itu tidak kesampaian apabila dia pula jatuh cinta pada seorang anak kaya bernama He Bao Sheng, gara-gara kontrak melarangnya dari berkahwin.Chen Mei (陈梅) (Aenie Wong)Asalnya menjadi pembantu di rumah orang berada, termasuk sekali Mei Gui, dia melarikan dirinya kembali ke Pulau Pinang setelah berlaku perselisihan dengan Mei Gui serta diusik di sana-sini oleh Wang Cai yang berpendidikan di luar negara. Lambat-laun dia terpaksa menerima pikatan asmara Wang Cai yang berjaya mengekorinya, walaupun adat resam melarang pembantu rumah berkahwin.

Watak pembantu dan sampingan

He Fu Gui (何富贵) (Frederick Lee)Mula-mulanya dia seorang penarik beca di sekitar kota, dia mula mengasihi Yu Lan yang ketika baru dicampak ke dalam kancah hiburan malam secara paksa. Setelah lama berasmara, Fu Gui pula makin berada dan menjadi pemandu teksi pula. Rupa-rupanya Fu Gui sudah berumahtangga tidak jauh dari sini, oleh itu demi kesejahteraan keluarganya dia terpaksa berpisah dari Yu Lan.Zhang Guan Sheng (张冠生) (Steve Yap)Kekasih pertama Lin Yu Lan. Orang yang kuat berjudi ini berhutang besar kepada ceti haram dan terpaksa menjual Yu Lan untuk melangsaikan hutang itu.He Bao Sheng (何宝胜) (Leslie Chai)Suami kepada Huang Shu Juan, mula-mulanya hidup bahagia sehingga munculnya seorang kenalan wanita yang seolah-oleh menghidupkan sikap curang Bao Sheng terhadap Shu Juan.Xie Wang Cai (谢旺才) (Melvin Sia)Pemuda kaya yang bertungkus-lumus tanpa mengendahkan betapa jelik rasa Chen Mei, akhirnya berjaya dan mendirikan rumah tangga bersama di Pulau Pinang.